Resep Nasi Ulam

Resep Membuat Nasi Ulam Enak

Resep Membuat Nasi Ulam Enak – Nasi Ulam adalah salah satu hidangan yang nasi campur berbagai bumbu dengan rempah, khususnya daun pagagan atau kadang diganti dengan daun kemangi, sayuran serta beberapa macam lauk-pauk. Didangan ini berasal dari khazanah resep melayu. Sekarang sangat banyak resep dan variasi yang ditemukan baik di Indonesia maupun Malaysia.

Di Indonesia, nasi ulam ditemukan dalam seni kuliner betawi, suku melayu di Sumatra, serta bali. Nasi ulam betawi ada dua jenis, nasi ulam berkuah,/bacah asal Jakarta utara dan pusat, dan nasi ulam kering/tidak berkuah dan makanan ini dari Jakarta selatan.

Baca Juga Artikel Menarik Lain-Nya : Resep Kue Nagasari

Biasanya di Indonesia nasi ulam ini biasanya dicampur dengan daun kemangi, sambel, dan dan ditabuti kacang tanah tumbuk, atau serundeng dan juga biasa nasi ulam ini dilengkapi dengan telur, parkedel,tempe,tahu,dll. Berikut adalah salah satu resep masakan nasi ulam.

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan beras pre-boiled (beras rebus) atau boleh guna beras basmathi dan sukatan airnya sama.
  • 2 cawan air
  • 1 camca teh garam
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 2 helai daun kunyit
  • 10 helai daun kaduk
  • 4 helai daun cekur
  • 2 batang serai, ambik bahagian putih sahaja
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 genggam daun kesom
  • 1 genggam daun pudina
  • 1 genggam daun selasih
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 1 inci kunyit hidup muda
  • 2 inci halia muda

Bahan-bahan pelengkap:

  • 2 camca besar kerisik
  • 1/2 camca besar lada hitam, tumbuk halus
  • 1 genggam udang kering cuci, toskan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kisar halus
  • 2 ekor ikan kembong, disiang, cuci bersih dan panggang hingga masak, ambik isinya dan tumbuk halus (kalau darurat, boleh guna ikan tuna dalam tin, tapi toskan dulu air atau minyaknya hingga betul2 kering)
  • Sedikit garam, jika perlu

Cara membuat

  1. Cuci beras (macam masak nasi biasa, cuci 3 kali dan toskan airnya), masukkan dalam rice cooker, tuang air 2 cawan, masukkan daun pandan dan 1 camca teh garam. Gaul rata dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, biarkan 5-6 minit, kemudian gemburkan. Alihkan nasi ke dalam mangkuk besar dan biarkan nasi sejuk.
  2. Kunyit hidup muda, halia muda dan bawang merah dimayang halus dan ketepikan. Semua jenis ulam dicuci terlebih dahulu dan toskan sampai betul2 kering (daun kunyit, daun kaduk, daun limau purut dan daun cekur, che mat lap dengan tissue dapur sampai kering, yang lain2 tu biarkan kena angin sampai kering sendiri). Kesemua ulam2man tadi termasuk serai dan bunga kantan dimayang halus. Ketepikan.
  3. Masukkan udang kering kisar, isi ikan kembong yang telah ditumbuk, lada hitam. kunyit hidup, halia dan bawang ke dalam mangkuk berisi nasi. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan semua bahan2 ulam yang telah dimayang halus. Gaul lagi hingga semua rata. Rasa dan jika perlu baru dimasukkan sedikit garam. Boleh hidangkan